
Apakah matlamat sebenar dasar ini? Adakah untuk memudahkan pencapaian dalam bidang Sains dan Matematik yang kebanyakannya ditulis dalam Bahasa Inggeris, seperti yang diungkapkan oleh Mukhriz Mahathir, anak kepada pencadang dan pelaksana dasar ini?
Dari segi pelaksanaan Dasar PPSMI ini, kita lihat Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa perantara bagi subjek Sains dan Matematik sejak dari sekolah rendah lagi, menggantikan bahasa ibunda. Kandungan silibus kedua-dua subjek tersebut dimudahkan, bagi mengambilkira keupayaan anak-anak(dan juga guru?) menggarapnya dalam bahasa bukan ibunda (Inggeris).
Ada yang tidak kena di sini....
Jika tujuannya adalah untuk memudahkan pencapaian dalam bidang Sains dan Matematik kerana kebanyakan rujukan ditulis dalam Bahasa Inggeris....nampaknya kita bergerak menyongsang fakta.
Kajian-kajian di seluruh dunia semuanya mengarah kepada keperluan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar kepada subjek-subjek penting di peringkat awal persekolahan. Telah dikenaplasti punca negara dunia ketiga menghadapi masalah buta huruf dan kemiskinan yang berpanjangan ialah kerana bahasa yang digunakan di sekolah berbeza dengan bah
Mungkin ada yang kata Malaysia tidak sama dengan negara dunia ketiga yang lain kerana setelah Dasar PPSMI dilaksanakan, keputusan peperiksaan bagi kedua-dua subjek tersebut menunjukkan keputusan yang semakin baik. Benarkah begitu? Cuba kita fikirkan, sesuaikah keputusan peperiksaan dijadikan kayu ukur kepada keberkesanan dasar?
Mari kita berbalik kepada persoalan asas, untuk apa Sains dan Matematik dipelajari? Adakah semata-mata untuk lulus peperiksaan?

Atau, yang lebih utama apa shaja ilmu yang anak-anak ini pelajari di sekolah adalah untuk diterapkan dalam kehidupan seharian....untuk diamalkan agar berguna di masa hadapan. Ya, Sains adalah untuk manfaat kehidupan....
Justeru itu, bagi anak-anak di desa, Sains yang mereka pelajari di dalam bilik darjah, sepatutnya dapat mencetuskan idea baru atau mena


Siapakah yang boleh diharapkan jika bukan anak-anak desa itu sendiri, untuk memikir cara terbaik me’reka’apa sahaja kenderaan yang dapat membantu meredah jalan kampong atau hutan belantara u

Oleh itu anak-anak bangsa perlu menguasai matapelajaran Sains dan Matematik. Penguasaan yang baik selanjutnya akan mencetuskan minat, merangs

Saya nak b
Antara rekacipta rakyat Sweden sama ada idea baru atau menambahbaik yang sedia ada ialah zip, bola bering, mancis keselamatan, dinamit, pisau pelbagai guna, spanar dan banyak lagi. Rekacipta dari Sweden ini unik kerana ia merupakan benda-benda kegunaan harian. Jenama IKEA, Tetra Pak, Electrolux, Ericsson, Swiss Knife dan lain-lain kini dipasarkan ke
Bagaimana negara ini dapat melahirkan manusia yang kreatif? Jawabannya ada pada sistem pendidikan yang menggalakkan kreativiti dan innovasi. Selain dari matapelajaran sains, matapelajaran sastera dan seni diberi penekanan yang sama penting. Hasil seni dimasyarakatkan, tidak disimpan dalam muzuem. Pendapatan cukai, sebahagian besarnya disalurkan untuk pendidikan. Ibu-bapa diberi kemudahan menjaga anak yang baru lahir hingga berusia 2 tahun. Sekolah diwajibkan. Sekolah awam dan swasta memperoleh
Nah, adakah kejayaan Sweden dengan rekaciptanya kerana Bahasa Inggeris?
No comments:
Post a Comment